Wednesday 13 May 2015

Appreciation

Assalamualaikum

Ada blog, tapi tak update apa apa. Sejak boring habis matrik ni timbul pulak azam baru nak update blog sebab terasa nak catat semua benda yang jadi dalam hidup ni. Yelah, hidup kita ada yang indah dan ada yang pahit.

Tapi kalau boleh nak tulis yang baik-baik je sebab I want to spread the positive vibes ((masam cheesy sikit))

Ini post aku nak cerita pasal appreciation. Appreciate those around. Appreciate people or things around you before they are gone and bla bla blaaa. Tapi apa yang kita paham pasal term 'appreciate' atau bahasa nenek aku, hargai.

Bagi aku la, apa yang aku paham pasal appreciate ni yang mana bila something tu ada pada kita, kita kena dan wajib hargai ia, sayangi ia, jaga dia, buat ia gembira, jangan sakiti ia sebab bila ia dah takde nanti takut kita pulak yang merana.

Analogi lah, bila kita ada makanan depan mata. Kita buat tak endah, kita cakap "ek hellahhh makanan macam ni tak sedap langsung, aku makan kat kedai janda lagi sedap", kita pun angkat piggan dan piewwww buang dalam tong sampah.

Then at one moment, kau lapar. Haaa start la merungut "arghhh laparnya, kalau ada makanan kan sodap. Ada coki coki pun jadilah," sambil pegang perut telan air liur.

Then mulalah teringat kat makanan yang ek hellah tak sedap tadi. =='

See, kan dan menyesal sebab tak hargai benda yang ek helleh tak sedap tadi tu. Kita tak tahu yang ek helleh tak sedap tadi tu jadi benda yang sangat penting pada satu masa tu.

Samalah jugak dengan kita ni. Bila ada kawan, buat tak endah. Buat dunno bila ada orang yang nak kawan dengan kita. Tengok orang atas bawah atas bawah. Kasut tak cantik, seluar or skirt lame, baju tak berjenama macam yang aku pakai. Ahhh taknak kawan dengan dia. Ada orang yang take care pasal kita kita buat tak heran. Padahal kita tak tahu yang orang yang kita tak suka dan pandang sebelah mata tu lah yang akan tolong kita waktu kita susah nanti. So, appreciate lah kawan-kawan because they're the one who you're looking for when you face the problems.

Ada family yang lengkap. Ada mak, ayah, abang, kakak, adik, nenek dan sebagainya tapi buat tak tahu kat diorang. Mak suruh angkat kain, dah start merungut itu ini nak buat kerja sekolah la seribu satu alasan yang tak pernah ada dalam hutan dia bagi. Kita tak tahu mungkin ni kali terakhir kita dengar arahan angkat kain dari seorang ibu, who's know? Sama jgak dengan ahli keluarga yang lain. Appreciate them, they are the family who you cannot live without (especially your mom).

Appreciate seorang yang bergelar guru. Segala ilmu yang dia curahkan tu kita tidak boleh beli kat kedai. Katakan aku ada duit 10k, aku pegi kedai. "Hakak, mintak ilmu algebra 2 bab, bungkus elok-elok", kompem kena makan penampor dengan hakak tu ahahahhahaah ((lame hajar ==")). Ilmu tidak boleh dibeli anak-anak. Biasalah, time sekolah dulu perghh bukan main liat nak biat homework yang cikgu bagi. Cikgu ni kemain lagi suruh buat karangan la hafal structure of heart la and many more. Hmm buat tak endah. Tup tup masuk universiti, takde sorang pun lecturer yang gila suruh kita belajar. Lecturer buat dunno je. Tapi memang macam tu la hakikat seorang mahasiswa. Kesian kan?

And yang paling penting, appreciate masa yang ada. Allah bagi kita cukup masa 24/7 untuk buat benda-benda kebaikan lagi diredhai. Gapailah masa tu untuk kita pulun habis-habisan buat bekal untuk menuju kehidupan yang abadi sana.

"demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali oryang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar"

  
Jom sama-sama kita hargai benda sekeliling kita :) 

Bte

#spreadthepositivevibes